Asal usul keris
ASAL USUL KERIS
KERIS ialah Besi Aji merupakan senjata Tradisional milik khazanah budaya INDONESIA.
Keris buatan Indonesia diktiraf sebagai bahan warisan negara Indonesia oleh UNESCO.
Keris juga terdapat dan dibuat di Tanah Melayu, Thailand, Brunei dan Philipina
Keris secara am nya di kategorikan seperti berikut :-
Keris Hadiah untuk hadiah atau souvenir. Keris Ageman menonjolkan keindahan bentuk dibuat dari besi biasa dan tidak ada isian.
Keris Tayuhan dibuat oleh empu melalui upacara tertentu.
Keris Pusaka lama dibuat dari besi aji oleh empu keris memiliki ciri kehalusan, keindahan dan mungkin ada kesaktian.
Secara logiknya, jika keris itu dibuat dari besi biasa ia akan haus dan nipis ditelan zaman. Sedangkan keris tosan aji yang dibuat dizaman kerajaan majapahit berusia lebih 500 tahun masih ampuh dan perkasa. Keris besi aji bukan berkarat tetapi berdaki dan apabila dibasuh besinya tetap untuh buat masa yang lama.
Perkataan orang dahulu kala – asal buih menjadi karang, karang menjadi bipek, bipek menjadi tanah, tanah menjadi batu, batu menjadi besi.
Oleh kerana keris lama mempunyai isian dan khadam, maka ia dilimau, diasap dan dimandikan setahun sekali.
MANDI KERIS
Bahan digunakan : Limau Purut atau Nipis 7 biji tiap biji dibelah 3
Air Kelapa Muda 3 Biji
Nenas muda sebiji (Nenas hijau atau nenas merah)
Nenas dipotong 3, 5 atau tujuh
Buah mengkudu 1 atau 3 biji
Kulit Tebu
Bunga atau minyak wangi.
Keris direndam untuk tempoh satu jam, satu malam atau 3 malam.
Diangkat dibasuh dengan limau atau berus dengan zikir nama Allah.
Dijirus dengan air bersih.
Dilap dengan kain dan diperasap kemenyan./ setanggi.
Di isi dengan bacaan ajian dan ayat Al Quran
Di keringkan
Disapu minyak wadeh kelapa tua dicampur minyak wangi.
Selesai..
untuk penjelasan lanjut, bolehlah menghubungi penulis melalui e-mail.
GALERI KRIS
Kami percaya terdapat banyak keris keris yang lebih hebat berada di Tanah Jawa dan Melayu. Kami hanya sekadar mampu mempamirkan keris buruk digaleri ini untuk tatapan yang ingin dan sudi melihatnya sementara dapat melihat keris hebat seperti Taming Sari milik Duli Yang Amat Mulia Sultan Perak dan Keris Naga Sososro berada di Pasir Putih Kelantan dan sebagainya. Ini adalah kerana pemilik keris digaleri ini kurang ilmu pengetahuan dan pelajaran

Posting Komentar